90 Peratus Perkhidmatan Awam Atas Talian Pada 2015 - KSN

Diterbitkan: Rabu, 19 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sebanyak 90 peratus daripada perkhidmatan yang diberikan penjawat awam akan dilaksanakan secara atas talian menjelang 2015, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata inovasi yang ditekankan di bawah Bidang Keberhasilan Ekonomi Negara (NKEA) itu, selain mengurang intervensi pegawai, juga akan mengurangkan peluang dan ruang berlakunya gejala rasuah serta salah guna kuasa.

"Dengan adanya perkhidmatan atas talian, rakyat akan lebih mudah berurusan dengan kerajaan. "Sehubungan ini, setiap jabatan dan agensi hendaklah memastikan sasaran yang ditetapkan pada 2015 itu tercapai dengan meneliti dan membangun sistem aplikasi online berkaitan bermula dari sekarang," katanya ketika merasmikan Hari Inovasi Jabatan Perdana Menteri 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Selasa.

Ali mengingatkan dalam merealisasikan harapan kerajaan itu semua penjawat awam perlu memastikan supaya tidak berlaku kebocoran terhadap dokumen-dokumen di peringkat kerajaan. Beliau berkata penjawat awam perlu memahami tanggungjawab memastikan aspek tahap keselamatan terus diberi keutamaan meskipun peralatan elektronik diguna sebagai medium saluran komunikasi dan penyampaian maklumat. Menurutnya, penjawat awam perlu sentiasa berfikir di luar kotak dan tidak seharusnya selesa dengan kemajuan dan inovasi yang sedia ada.

"Penjawat awam hendaklah jangan jemu memikirkan kemajuan dan inovasi yang boleh dilaksanakan dan bukan sekadar mengekal pendekatan serta kemudahan sedia ada sahaja dalam memenuhi kehendak rakyat yang semakin meningkat," katanya.

Ali berkata justeru itu selain kreatif dan inovatif, penjawat awam juga perlu mencari ruang, peluang dan inisiatif lain menawarkan perkhidmatan awam lebih cemerlang selaras dengan harapan kerajaan 'Merakyatkan Perhidmatan Awam' dan mewujudkan perkhidmatan awam yang lebih mesra rakyat.

Pada majlis itu Ali turut menyerahkan kutipan sumbangan Tabung Kemanusian Gaza JPM sebanyak RM277,466.51 kepada Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Mohammad Azlan Abdullah. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan