1.5 Juta Kenderaan Dijangka Guna Plus Ketika Krismas, Tahun Baru

Diterbitkan: Rabu, 19 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus) menganggarkan 1.5 juta kenderaan menggunakan lebuh rayanya setiap hari menjelang cuti umum sempena sambutan Krismas dan tahun baru 2013.

Plus dalam satu kenyataan di sini pada Rabu, berkata angka itu adalah peningkatan 25 peratus berbanding 1.2 juta pada hari biasa.

Sehubungan itu pengguna jalan raya dinasihat mematuhi jadual cadangan waktu perjalanan berperingkat (TTA) bagi memastikan pergerakan trafik yang lebih selamat, selesa dan lancar.

TTA Plus untuk pengguna dari Lembah Klang ke utara dan selatan iaitu ke Kedah, Perlis dan Pulau Pinang serta Johor pada Jumaat dan Sabtu ini serta 28 dan 29 Dis perlu memulakan perjalanan sebelum pukul 12 tengah hari.

Sementara mereka yang menuju ke Taiping, Kuala Kangsar dan Changkat Jering di utara dan Melaka melalui Ayer Keroh perlu bergerak antara 12 tengah hari dan 3 petang.

Bagi yang hendak ke Ipoh, Simpang Pulai dan Gopeng di utara serta Tampin dan Alor Gajah di selatan, boleh bergerak antara pukul 3 dan 6 petang, dan diikuti mereka yang hendak ke Tapah, Bidor, Slim River dan Tanjung Malim dan Negeri Sembilan selepas 6 petang.

Untuk perjalanan melalui Tambak Johor dan Link Kedua serta Jambatan Pulau Pinang, kenderaan yang bernombor pendaftaran berakhir dengan angka ganjil dicadang bertolak pada waktu ganjil seperti 9 pagi, 1 petang dan 7 malam.

Kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor genap pula diminta memulakan perjalanan pada waktu genap seperti 10 pagi, 2 petang dan 8 malam, manakala waktu bebas perjalanan pada Sabtu ini dijadualkan sebelum 9 pagi dan selepas 10 malam.

Bagi perjalanan bebas dinasihatkan bergerak sebelum 6 pagi dan selepas 10 malam.

Sementara itu, bagi yang berhasrat menggunakan lebuh raya pada Ahad dan Selasa ini, serta pada 30 Dis dan 1 Jan dari arah selatan dan utara menghala ke Lembah Klang, dinasihatkan memasuki lebuh raya sebelum 11 pagi dan selepas 8 malam, manakala perjalanan tidak melalui Lembah Klang antara 11 pagi hingga 8 malam.

Bagi semua perjalanan melalui Tambak Johor dan Link Kedua serta semua perjalanan melalui Jambatan Pulau Pinang, kenderaan yang bernombor pendaftaran berakhir dengan angka ganjil dicadang bertolak pada waktu ganjil dan sebaliknya bagi yang berakhir dengan nombor genap. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan