Penjawat Awam Perlu Faham Polisi Kerajaan Untuk Tangkis Fitnah

Diterbitkan: Selasa, 18 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Penjawat awam perlu memahami secara terperinci polisi dan pencapaian kerajaan untuk menangkis dakwaan palsu serta memberikan maklumat yang betul kepada rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata oleh kerana pilihan raya umum semakin hampir, penjawat awam, tidak perlu terpengaruh dengan tuduhan bahawa mereka mewakili kerajaan Barisan Nasional.

"Pembangkang khususnya, suka membuat tuduhan seperti itu dan 'kilang fitnah' mereka dibuka 24 jam, mereka sengaja mengeluarkan tuduhan kerana ingin mengelirukan orang ramai," katanya ketika berucap pada Perjumpaan Bersama Anggota Perkhidmatan Awam Johor di Kompleks Islam Johor pada Selasa.

Muhyiddin berkata kerajaan mengiktiraf kakitangan awam sebagai salah satu penyumbang terbesar kejayaan negara.

Memberikan contoh, Muhyiddin berkata projek Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC) perlu diperjelaskan kerana ia membawa manfaat yang luas kepada rakyat negeri Johor.

"Isu projek PIPC ini yang membawa manfaat yang luas kepada rakyat negeri Johor perlu diperjelaskan khususnya potensi pelaburan sebanyak RM170 bilion ini akan dapat menyediakan lebih daripada 12,500 peluang pekerjaan.

"Ini seterusnya akan membawa limpahan ekonomi kepada sektor lain seperti makanan, pakaian hartanah dan sebagainya," katanya.

Penjawat awam juga perlu turut memaklumkan kepada rakyat dan pengundi di negeri ini bahawa kerajaan Barisan Nasional akan terus menyediakan pelbagai kemudahan dan program membantu dan meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat, katanya.

Ini menurut beliau, terbukti dengan komitmen dalam Belanjawan 2013, antaranya pemberian bonus penjawat awam; Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0 yang diperluas kepada warga bujang); baucar bantuan persekolahan yang ditambah baik dan pelepasan cukai bagi pendidikan tinggi anak-anak yang dinaikkan kepada RM6,000.

Muhyiddin juga menggesa penjawat awam supaya memberikan perkhidmatan secara lebih cekap dan berintegriti bagi membantu memudahkan urusan perniagaan, pelaburan dan perdagangan negara.

Dalam Model Baharu Ekonomi, katanya, pihak awam adalah pemacu utama pertumbuhan ekonomi.

Menurut Muhyiddin, melalui pelaksanaan konsep Persyarikatan Malaysia, layanan baik perlu diberikan kepada pihak swasta kerana keuntungan mereka akan mendatangkan hasil yang lebih banyak kepada kerajaan yang mana kemudiannya menentukan gaji penjawat awam dan juga pembangunan negara.

Katanya penjawat awam adalah penggerak utama Dasar Transformasi Nasional di mana berjaya atau gagal dasar itu bergantung kepada sejauh mana penjawat awam melaksanakan tugas secara cekap dan berkesan.

Timbalan perdana menteri turut mengucapkan tahniah kepada penjawat awam Johor kerana sumbangan mereka kepada beberapa kejayaan penting yang membantu perkembangan ekonomi negeri ini.

Antara kejayaan itu ialah pelaburan sektor pengilangan yang melebihi RM10.5 bilion bagi 2012 dengan potensi hampir 42,000 peluang pekerjaan dihasilkan; dan peningkatan pelaburan asing sebanyak 28.4 peratus kepada RM3.3 bilion bagi tempoh Januari-September berbanding RM2.6 bilion bagi tempoh sama tahun lepas.

Mereka juga turut menyumbang kepada pencapaian sasaran pelaburan RM100 bilion dalam pelbagai sektor di Iskandar Malaysia yang menghasilkan 154,000 peluang pekerjaan serta pembangunan sektor tarikan pelancong seperti Johor Premium Outlet, Legoland Malaysia dan Puteri Harbour Theme Park.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan