PAS Kelantan Pinggirkan Dewan Penyokong Himpunan PAS

Diterbitkan: Selasa, 18 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: PAS Kelantan kini bersikap sebaliknya terhadap penyokong bukan Islam mereka dengan menuduh mereka sengaja melemahkan pendirian Islam parti itu dengan melemparkan kritikan terhadap tindakan yang diambil terhadap orang bukan Islam baru-baru ini.

Bagaimanapun, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) hanya mahu mencari jalan keluar terbaik dalam mempertahankan hak orang bukan Islam terutamanya dalam isu kontroversi yang melibatkan khalwat.

Penolong Setiausaha Agung dan Exco Kerajaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan menuduh Pengerusi DHPP, Hu Pang Chaw mempunyai 'niat jahat' dengan mendedahkan kepada media berhubung tindakan yang diambil terhadap orang bukan Islam yang melakukan perbuatan sumbang di khalayak.

Hu juga turut mengkritik tindakan saman yang dikeluarkan kepada pekerja salon bukan Islam kerana memotong rambut pelanggan bukan Islam yang berlainan jantina.

Dalam satu lawatan ke kawasanya di Bunut Puyong di sini, Takiyuddin turut mempertikaikan tindakan Hu dalam isu khalwat tersebut.

"Dia memberitahu pemberita bahawa majlis perbandaran tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan saman kerana mereka bukan pengawai penguatkuasa kerana mereka hanya pembantu tadbir.

"Sangat jelas bahawa dia membuat kenyataan tanpa memeriksa fakta terlebih dahulu. Pegawai majlis perbandaran mempunyai had kuasa. Jika dia (Hu) tidak percaya saya, dia boleh menyaman majlis perbandaran.

"Saya mahu dia menyaman majlis perbandaran kerana mempunyai pegawai yang tidak mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang. Saya sendiri bersedia untuk menjadi peguam bela bagi majlis perbandaran nanti,” kata Takiyuddin yang juga seorang peguam.

Takiyuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, berkata DHPP sepatutnya memainkan peranan mereka sebagai sebahagian daripada anggota parti.

Terdahulu dilaporkan bahawa Majlis Perbandaran Kota Baru-Bandaraya Islam (MPKBI) telah mengeluarkan saman terhadap dua orang bukan Islam kerana didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat letak kereta berhampiran Lapangan Terbang Sultan Islam tengah malam 31 Oktober.

Satu lagi saman dikeluarkan terhadap seorang remaja berusia 17 tahun kerana menunggang motosikal bersama teman wanitanya yang berusia 15 tahun di Taman Tunku Anis pada pukul 5.30 petang, 20 Oktober lalu.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan