Muhyiddin Hargai Pengorbanan Penduduk Pengerang Beri Laluan Projek PIPC

Diterbitkan: Selasa, 18 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Muhyiddin (kanan) pada sidang media selepas mendengar taklimat projek penempatan semula rumah penduduk yang terlibat dengan Rapid Pengerang, Kota Tinggi, Johor, Selasa. Turut kelihatan Anggota Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said. -fotoBERNAMA
Muhyiddin (kanan) pada sidang media selepas mendengar taklimat projek penempatan semula rumah penduduk yang terlibat dengan Rapid Pengerang, Kota Tinggi, Johor, Selasa. Turut kelihatan Anggota Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said. -fotoBERNAMA

KOTA TINGGI: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merakamkan penghargaan terhadap pengorbanan penduduk Pengerang yang sanggup berpindah untuk memberi laluan kepada projek Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC).

Beliau berkata kesanggupan itu telah membolehkan projek yang berimpak tinggi terhadap rakyat serta ekonomi negeri Johor dan negara itu dilaksanakan.

"Saya menghargai kesanggupan mereka berpindah ke penempatan baharu, meninggalkan kampung tradisional. Tanpa sokongan mereka, projek ini tidak akan berjaya, terima kasih kepada semua," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Sepetang Bersama Rakyat di Dataran Sungai Rengit, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan Anggota Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said.

Muhyiddin berkata dalam masa yang sama kerajaan turut mengambil berat tentang kepentingan rakyat dan telah memperuntukkan lebih RM300 juta untuk membayar pampasan kepada penduduk yang terlibat.

Katanya nikmat yang bakal dinikmati oleh rakyat hasil projek PIPC itu menyebabkan pembangkang terpaksa mencari akal untuk membatalkannya kerana khuatir dengan peningkatan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

Beliau berkata ini terbukti semasa peringkat awal pelaksanaan projek itu, banyak tomahan dan fitnah mengenai projek itu disebarkan oleh pembangkang. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan