Masih Wujud Pemikiran Berunsur Perkauman Dalam DAP –Hilmi

Diterbitkan: Selasa, 18 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Keputusan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) di Kongres Kebangsaan DAP ke-16 baru-baru ini jelas mencerminkan masih wujud pemikiran berlandaskan garis perkauman dalam kalangan anggotanya, kataKetua Penerangan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata pemikiran berunsur garis perkauman tidak seharusnya wujud selepas 55 tahun Malaysia mengecapi kemerdekaan.

"Nampak jelas sikap perkauman terdapat dalam DAP. Kalau ada sikap terbuka dalam parti itu, saya kira semua kaum akan mendapat tempat (jawatan) dalam CEC," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan cek sumbangan daripada Persatuan Keluarga Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Pulau Pinang berjumlah RM3,333.33 kepada Tabung Pendidikan Gaza yang diketuai Universiti Sains Malaysia.

Kesemua lapan calon anggota DAP Melayu termasuk pemimpin veteran, Ahmad Ton tidak terpilih untuk memegang jawatan dalam CEC.

Hilmi berkata DAP seharusnya mencontohi model Barisan Nasional (BN) yang menggabungkan semua parti komponen untuk membantu dan membela nasib semua kaum supaya mereka dapat rasai kemakmuran negara.

Sementara itu, Hilmi berkata Tabung Pendidikan Gaza itu diharap membantu membangunkan semula Gaza dengan cepat seperti Malaysia yang berjaya menjadikan pendidikan sebagai lonjakan untuk membasmi kemiskinan. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan