Lebih Sejuta Dalam Senarai Menunggu Tunai Haji

Diterbitkan: Selasa, 18 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 1,039,691 orang berada dalam senarai menunggu untuk menunaikan haji sehingga 30 November lepas, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata pemilihan bakal haji setiap tahun adalah berdasarkan proses pendaftaran mengikut tarikh dan masa daftar haji.

"Sistem ini dinamakan sistem pendaftaran terbuka di mana pendeposit Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) yang memenuhi syarat pendaftaran akan diterima pendaftarannya. Dalam erti kata mudah, pendaftaran dahulu didahulukan dan yang kemudia dikemudiankan," katanya menjawab soalan Senator Muhamad Yusof Husin.

Mashitah berkata bilangan jemaah haji Malaysia setiap tahun bagi tahun 2008 hingga 2010 ialah 26,000 orang dan 27,900 orang bagi tahun 2011 serta 2012.

Memandangkan jumlah pendaftaran jemaah haji semakin meningkat, beberapa syarat tambahan diperkenalkan Tabung Haji sebagai membuka lebih banyak peluang mengerjakan ibadah haji setiap tahun, katanya.

Mashitah berkata antara syarat tambahan yang diperkenalkan ialah tidak membenarkan jemaah yang sama mendaftar dalam tempoh lima tahun selepas mengerjakan haji dan keutamaan diberikan kepada jemaah berumur lebih 75 tahun jika terdapat kekosongan.

Selain itu, Tabung Haji tidak memilih jemaah kanak-kanak bawah 15 tahun kecuali keadaan terpaksa untuk dipertimbangkan, katanya.

Beliau berkata jemaah haji kini masih bergantung kepada kuota 0.1 peratus daripada jumlah penduduk dan kerajaan akan terus berusaha mendapatkan kuota tambahan dengan mengemukakan permohonan ke peringkat tertinggi kerajaan Arab Saudi.

"Kerajaan juga mengambil maklum projek pembangunan besar-besaran yang sedang dijalankan yang mengakibatkan tempat penginapan jemaah haji di Mekah dan Madinah terhad," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan