Kes Penyakit Bawaan Air Dan Makanan Menurun - Rosnah

Diterbitkan: Selasa, 18 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada peningkatan kes penyakit bawaan air dan makanan sejak Januari hingga September tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata penyakit bawaan air dan makanan yang dipantau Kementerian Kesihatan terdiri daripada tifiod, kolera, hepatitis A dan keracunan makanan.

"Kementerian sering memantau kejadian wabak penyakit yang disyaki berpunca daripada air dan/atau makanan," katanya menjawab soalan Senator Syed Shahir Syed Mohamud pada persidangan Dewan Negara pada Selasa.

Katanya bagi tempoh itu, kadar insiden penyakit tifiod menurun 0.87 peratus daripada 0.92 peratus manakala kadar insiden kolera pula menurun daripada 1.91 peratus kepada 0.79 peratus daripada sejumlah 100,000 penduduk.

Kadar insiden hepatitis A turut menurun kepada 1.12 peratus daripada 1.36 peratus daripada jumlah penduduk yang sama manakala kadar keracunan makanan berkurang iaitu 11,245 kes berbanding 13,579 kes tahun lepas, katanya.

Rosnah berkata kualiti bekalan air minum seluruh negara yang dibekalkan pihak pembekal air awam dipantau setiap minggu dan tiada kemerosotan kualiti direkodkan sejak Januari hingga Oktober lepas. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan