Kementerian Sedia Timbang Kenaikan Elaun Pelatih GiatMara - Shafie Apdal

Diterbitkan: Selasa, 18 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sedia mempertimbangkan cadangan menaikkan kadar elaun pelatih GiatMara, kata Menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Sehubungan itu beliau mahu pengurusan GiatMara menghantar kertas kerja lengkap berhubung cadangan tersebut sebelum kementerian boleh memutuskan jumlah kenaikan.

"Saya tidak tahu betapa jumlah kenaikan yang diperlukan. Kita akan terus berbincang.

"Cadangan untuk penambahbaikan dan menaik taraf bangunan GiatMara sedia ada termasuk membabitkan keperluan prasarana juga sedia dipertimbangkan," katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Tahunan GiatMara, di sini malam Selasa.

Ketika ini pelatih institusi itu menerima RM200 sebulan dan GiatMara meminta kadarnya dinaikkan selaras dengan perekmbangan ekonomi semasa.

Pada masa yang sama, Mohd Shafie menegaskan perkembangan dan kemajuan negara pada hari ini tidak datang bergolek tanpa kerajaan yang kuat dan politik yang stabil.

Kombinasi kedua-dua faktor itu katanya membolehkan negara memiliki sumber manusia yang cukup baik dan bersedia berdepan cabaran getir pada masa depan.

"Tidak semua negara boleh dapat jaminan di mana kalau mereka mendapat kemerdekaan, mereka akan terus maju tanpa politik dan kerajaan yang stabil," katanya.

Sehubungan itu, Mohd Shafie yang juga Naib Presiden Umno berkata pendukung kerajaan seperti GiatMara perlu menyemat keyakinan kepada anggota mereka agar terus menyokong kerajaan yang ada pada pilihan raya akan datang.

Menurutnya Barisan Nasional (BN) memerlukan kemenangan dan mandat yang besar untuk melahirkan kerajaan yang kuat sekali gus mendorong ekonomi negara terus kukuh dan maju.

"Kalau kerajaan lemah, ekonomi akan mundur. Rakyat pula akan terbantut dalam kemajuan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan