KDN Lulus 10, 798 Permit Masuk Bagi Suami Isteri Warganegara

Diterbitkan: Selasa, 18 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) meluluskan 9,879 permit masuk kepada individu bagi kategori isteri kepada warganegara dan 919 permit kepada suami kepada warganegara bagi tempoh 2010 hingga 2012.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong berkata rekod berkomputer untuk data bagi tahun-tahun berkenaan menunjukkan bagi kategori suami kepada warganegara, pada 2010 hanya satu sahaja permit masuk diluluskan berbanding 334 pada 2011 dan 584 pada 2012.

"Bagi kategori isteri kepada warganegara, 2,913 permit masuk diluluskan pada 2010, 3,726 pada 2011 dan 3,240 pada 2012," katanya menjawab soalan Senator Datuk Pau Chiong Ung pada persidangan Dewan Negara pada Selasa.

Lee berkata syarat-syarat bagi permohonan permit masuk bagi kategori suami atau isteri kepada warganegara Malaysia adalah pemohon telah berkahwin secara sah mengikut undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia.

Bagi perkahwinan yang dilangsungkan di luar negara, pasangan berkenaan perlu mendaftar semula perkahwinan di Pejabat Agama negeri atau Jabatan Pendaftaran Negara, katanya.

"Pemohon juga perlu berada di Malaysia di atas kemudahan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang secara terus-menerus bagi tempoh sekurang-kurangnya lima tahun bermula daripada tarikh pemohon diberi kemudahan Pas Lawatan Sosial yang pertama," jelasnya.

Bagi pemohon yang menetap di Sabah dan Sarawak, permohonan akan dibawa ke Jabatan Ketua Menteri untuk proses perakuan kemasukan ke negeri itu.

Tambahnya, setelah permohonan diperakukan oleh Jabatan Ketua Menteri, permohonan permit masuk akan diproses di peringkat Jabatan Imigresen Negeri Sabah atau Sarawak sebelum dipanjangkan untuk proses kelulusan permit masuk di Ibu Pejabat Imigresen, Putrajaya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan