Kadar Cukai Pintu Di Selangor Ikut Penilaian Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta - Abdul Khalid

Diterbitkan: Selasa, 18 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kadar cukai pintu di negeri itu ditetap berdasarkan kadar semasa hartanah mengikut penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Kementerian Kewangan.

Sehubungan itu, katanya pihak berkuasa tempatan tidak boleh sewenang-wenangnya menaikkan kadar cukai pintu yang dikenakan terhadap penduduk setempat.

"Pihak berkuasa tempatan mengguna pakai penilaian yang dibuat Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta untuk menetapkan kadar cukai pintu di kawasan mereka," katanya dalam satu kenyataan, di sini, Selasa.

Abdul Khalid berkata beliau telah mengarahkan pihak berkuasa tempatan yang terlibat mengadakan perjumpaan dengan persatuan penduduk atau individu yang tidak setuju dengan kadar cukai pintu yang dikenakan terhadap mereka.

Kerajaan negeri akan meneliti setiap aduan dan sedia memberi potongan bagi kes-kes yang tertentu tetapi pemiliknya perlu membayar kadar penuh apabila mahu menjual hartanah itu, katanya.

Sabtu lepas MCA Selangor membidas tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerana menaikkan cukai pintu sehingga 10 kali ganda, berkuat kuasa tahun depan.

Antara lain, Pengerusi MCA Bahagian Subang Lee Wei Kiat dilapor berkata rekod menunjukkan ada penduduk membayar RM1,470 kepada MBSA pada 2011, meningkat kepada RM5,512 pada 2012 dan notis baharu mencatatkan cukai pintu berjumlah RM23,040 bagi 2013. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan