1.9 Juta Permohonan Baru BR1M 2.0 Diterima Setakat 12 Disember

Diterbitkan: Selasa, 18 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1.9 juta permohonan bagi program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 diterima setakat 12 Disember lepas, persidangan Dewan Negara diberitahu. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai berkata jumlah itu meliputi 1.4 juta pemohon bujang dan 435,232 pemohon isi rumah (keluarga).

Pengagihan BR1M 2.0 akan bermula pada awal 2013 dan dijangka dapat memanfaatkan 4.3 juta isi rumah serta 2.7 juta individu bujang yang melibatkan peruntukan sebanyak RM3 bilion," katanya menjawab soalan Senator Chew Lee Giok.

Lim berkata pendaftaran BR1M 2.0 telah bermula 1 November lepas dan akan berakhir 31 Disember ini.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong berkata sehingga November lepas, seramai 1,811 pelajar dibuang sekolah. Beliau berkata tindakan buang sekolah merupakan langkah terakhir dilakukan pihak sekolah kepada seseorang pelajar yang melakukan kesalahan berat berdasarkan salah laku disiplin sekolah. "Antara tindakan yang dilakukan sebelum langkah buang sekolah dilaksanakan adalah seperti amaran, berbincang dengan ibu bapa atau penjaga, dirujuk kepada guru disiplin untuk nasihat dan motivasi," katanya menjawab soalan Senator Noriah Mahat.

Beliau menegaskan pihak sekolah tidak membuang pelajar sewenang-wenangnya. "Daripada segi teknikal, kalau hendak membuang seseorang pelajar, kita kena melalui proses tertentu termasuk pelajar diberi amaran, dan jika kesalahan itu diulangi, hukuman termasuk gantung sekolah selama 14 hari dikenakan," katanya.

Wee berkata beliau turut menasihatkan supaya ibu bapa mengawal tingkah laku pelajar terbabit sekiranya anak mereka diberi peluang kedua untuk bersekolah setelah membuat rayuan di Pejabat Pelajaran Daerah. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan