Wanita BN Mahu Polisi Pengambilan Pembantu Rumah Asing Dikaji Semula

Diterbitkan: Isnin, 17 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pergerakan Wanita Barisan Nasional (BN)menggesa kerajaan mengkaji semula polisi pengambilan pembantu rumah asing yang pada masa ini rumit dan kompleks sehingga memberi kesulitan kepada majikan terutama wanita.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata sistem yang diguna pakai sekarang hanya menguntungkan agensi pembantu rumah sebagai orang tengah dengan mengenakan bayaran atau caj yang tinggi sehingga membebankan majikan dan juga pembantu rumah.

"Sistem yang baharu hendaklah memastikan kos dan bayaran pengambilan pembantu rumah asing ini diturunkan ke paras yang munasabah.

"Ini bagi mengelak pengambilan keuntungan berlebihan oleh agen-agen berkaitan dan sekali gus dapat mengurangkan beban bakal majikan," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Shahrizat berkata Wanita BN turut mengesyorkan, jika perlu, penubuhan satu unit atau agensi khas di bawah mana-mana kementerian untuk mempermudah sistem pengambilan dan pemantauan isu berkaitan pembantu rumah rakyat asing. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan