Rakyat Malaysia Ditembak Mati Di Davao Anggota Militan - KDN - Berita Semasa | mStar

Rakyat Malaysia Ditembak Mati Di Davao Anggota Militan - KDN

Diterbitkan: Isnin, 17 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Isnin mengesahkan bahawa Mohd Noor Fikrie Abd Kahar, 26, rakyat Malaysia yang ditembak mati oleh polis di Davao, Filipina, pada 14 April lalu, merupakan anggota sebuah kumpulan militan.

Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata lelaki yang berasal dari Melaka itu dikesan memasuki selatan Filipina pada bulan April lepas, dan dipercayai mempelajari cara membuat bom ketika berada di negara berkenaan.

Katanya anggota keluarga Mohd Noor Fikrie telah meminta bantuan kerajaan Malaysia untuk membawa pulang jenazah, dan beliau sudahpun mengarahkan polis supaya menguruskan penghantaran pulang jenazah Mohd Noor Fikrie dengan segera untuk dikebumikan.

"Ahli keluarga Fikrie dan beberapa pegawai kita akan ke Davos untuk menguruskan penghantaran pulang jenazah dalam masa terdekat," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Hishammuddin berkata kerajaan Malaysia memandang serius terhadap setiap kegiatan subversif dan ancaman yang ditimbulkan oleh kumpulan militan serta penganas kerana ia terbukti mampu menggugat keselamatan dan ketenteraman sesebuah negara.

"Dalam hal ini kita sentiasa bekerjasama erat dengan pihak keselamatan dari negara luar demi memastikan keselamatan negara dan rantau ini, terus terjamin dan terpelihara," tambahnya.

Beberapa media sebelum ini melaporkan Mohd Noor Fikrie ditembak mati oleh polis Filipina di sebuah hotel di Davao Jumaat lalu, selepas bergelut dengan pihak polis yang ingin memeriksa beg sandang berisi bom buatan sendiri dibawa isterinya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan