Permohonan Masuki Sektor Awam Daripada Bukan Melayu Meningkat - Mahmood Adam

Diterbitkan: Isnin, 17 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Permohonan daripada bukan Melayu, khususnya kaum Cina dan India untuk menyertai perkhidmatan awam meningkat kepada lebih 10 peratus tahun ini berbanding sekitar dua peratus sebelum ini.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam berkata statistik lengkap mengenai perkara itu akan dikeluarkan SPA minggu depan.

"...statistik lengkap itu untuk jumlah terkini permohonan yang telah diterima juga permohonan yang diterima masuk ke perkhidmatan awam," katanya kepada pemberita, di sini Isnin.

Beliau diminta mengulas mengenai usul Kongres Kebangsaan DAP ke-16 yang berakhir semalam, bahawa rombakan besar-besaran perlu dibuat bagi memecahkan dominasi Melayu dalam sektor awam.

Mahmood berkata kerajaan sentiasa berusaha menarik minat kaum bukan melayu untuk menyertai sektor awam termasuk mengadakan kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan yang mewakili kedua-dua kaum berkenaan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Kelab Bola Sepak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA PUTRAJAYA FC) akan beraksi dalam Liga Perdana pada musim depan selepas menjuarai Liga FAM 2012.

"Jadi kita harap selepas ini pasukan itu akan terus cemerlang dan dapat beraksi dalam Liga Super pula pada 2014," katanya pada majlis memperkenalkan pemain pasukan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan