Noriah Nafi 39 Peratus Wanita Berkahwin Curang Terhadap Pasangan

Diterbitkan: Isnin, 17 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menafikan laporan media baru-baru ini yang mendakwa 39 peratus wanita berkahwin di negara ini curang terhadap pasangan mereka.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Noriah Kasnon berkata kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN) mendapati kecurangan pasangan bukan merupakan punca utama pembubaran perkahwinan atau perceraian.

"Malahan, melalui kajian berkenaan, masalah kecurangan dilihat tidak begitu serius di kalangan pasangan yang telah berkahwin di negara ini," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013.

Beliau berkata menurut kajian itu, sebanyak 41.8 peratus kes perceraian di negara ini kerana tiada persefahaman manakala pasangan curang serta enggan dimadu masing-masing enam peratus, dan tidak bertanggung jawab 11.4 peratus.

Laporan itu, yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Cina, meletakkan wanita Malaysia di tempat ketiga di dunia dalam isu wanita curang terhadap pasangan selepas Ghana sebanyak 62 peratus dan Thailand 59 peratus.

Noriah berkata kajian Jabatan Kemajuan Islam ke atas 3,312 pasangan pada tahun 2005 pula mendapati kurang dua peratus daripada jumlah pasangan yang berkahwin mengaku berlaku curang kepada pasangan masing-masing.

"Bagi kes kaunseling pula menunjukkan punca utama perceraian disebabkan kurang perhatian daripada pasangan, tiada persefahaman, penyalahgunaan media sosial, pengaruh rakan, pergaulan bebas serta lemah tenaga batin, dan ia tiada kaitan dengan kes kecurangan," katanya.

Beliau juga berkata kecanggihan Internet serta laman sosial yang pesat berkembang ketika ini menjadi kebimbangan kepada keharmonian institusi kekeluargaan apabila kecurangan dan hubungan sulit sukar dikesan pasangan.

Sehubungan itu, katanya, kementerian melalui LPPKN akan menjalankan satu kajian spesifik berhubung kesan media baharu terhadap institusi keluarga yang dijangka dilaksana tahun depan.

Menyifatkan pegangan agama dan didikan moral yang sempurna menjadi faktor utama kesejahteraan keluarga, Noriah berkata hasil kajian itu kelak diharap berupaya menyediakan asas kukuh untuk mengekalkan hubungan kekeluargaan dan membendung masalah kecurangan pasangan berkahwin. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan