Media Baru Jadi Pemangkin Raih Sokongan Golongan Muda - Mustapa

Diterbitkan: Isnin, 17 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Populariti media baru seperti Facebook dan Twitter serta ribuan blog berunsur politik yang prokerajaan mampu menjadi pemangkin usaha Barisan Nasional (BN) meraih sokongan muda pada pilihan raya umum ke-13.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata memandangkan golongan muda dilihat lebih mempercayai media baharu berbanding konvensional, medium berkenaan diharap dapat membantu kerajaan menangkis tohmahan yang dilempar pembangkang.

"Saya berharap blogger yang selama ini menyokong kita di alam maya akan terus membuat penerangan mengenai sesuatu isu, sekali gus dapat membantu kerajaan memberi penerangan kepada masyarakat mengenai sesuatu perkara buruk yang cuba ditohmah oleh pembangkang.

"Ini penting kerana golongan muda lebih banyak mengikuti perkembangan politik tanah air melalui media baharu," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan bersama lebih 200 blogger di sini, malam Ahad.

Pada majlis tersebut, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, merasmikan 'Kelab Tok Pa' di laman sosial Twitter sebagai wadah baharu untuk mendekati dan mendengar masalah rakyat dengan lebih menyeluruh.

Mustapa berkata laman sosial, terutama Facebook banyak membantu beliau menjalankan tugas dengan lebih berkesan kerana dapat "mendengar" aduan secara terus daripada rakyat, sekali gus dapat menyelesaikan masalah secepat mungkin.

"Kalau tak ada laman sosial ini, saya tak tahu apa yang berlaku. Dengan adanya maklum balas secara terus daripada rakyat kita dapat membuat pembetulan terhadap beberapa masalah dan kekurangan kita.

"Kita yakin laman sosial dan media baharu ini termasuk sistem pesanan khidmat ringkas (SMS) sebagai satu kaedah kreatif untuk memberi maklumat yang tepat dengan cara yang cepat kepada masyarakat," katanya.

Mustapa juga berkata pemilihan calon BN sedang disemak oleh pimpinan tertinggi parti untuk menentukan siapa yang layak dan menepati kriteria 'calon boleh menang'.

Katanya pimpinan tertinggi parti juga tidak lagi melihat kepada anggota yang berjawatan dalam parti, tetapi memilih calon berdasarkan siapa yang disukai rakyat bagi memastikan BN terus meneraju negara dan merampas semula Kelantan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan