Mahathir Bersetuju Dengan Keputusan Kerajaan Berkaitan Lynas

Diterbitkan: Isnin, 17 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk meneruskan operasi kilang pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Kuantan dan tidak bersetuju dengan penunjuk perasaan bahawa kilang itu berbahaya.

Beliau yang mengecam tindakan penunjuk perasaan yang membantah kilang nadir bumi di Kuantan berkata negara perlu menerima hakikat bahawa ia tidak berbahaya dan penting kepada negara untuk meraih faedah daripada ketersediaan nadir bumi di negara ini.

"Saya rasa kita perlu berpegang kepada hakikat bahawa adalah benar terdapat bahan material nuklear yang sangat berbahaya dan perlu dikendalikan dengan berhati-hati dan bertanggungjawab.

"Nadir bumi tidak berbahaya seperti nuklear...nadir bumi belum lagi diketahui setakat ini menyebabkan penyakit di kalangan pengguna produk akhirnya," katanya dalam ucapan beliau di majlis makan malam Anugerah Penjagaan Bertanggungjawab Majlis Industri Kimia Malaysia (CICM) 2011/2012, di sini, Isnin.

Beliau berkata nadir bumi, yang digunakan sebagai komponen bagi bateri dan magnet, merupakan bahan material yang sangat penting bagi industri elektronik.

Menurut beliau, proses yang dijalankan di kilang Lynas bukan satu proses bahaya dan keselamatannya telah diberi jaminan oleh pakar terbaik dunia dan diperakui oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Sementara itu, Anugerah Penjagaan Bertanggungjawab 2011/2012 menyaksikan anak syarikat Petronas, Petronas Chemicals Group Bhd, memenangi enam anugerah emas, empat perak dan 13 merit di bawah kategori Anugerah Korporat bagi Kod Enam Amalan Pengurusan.

"Sebagai peneraju industri kimia, Petronas Chemicals sentiasa berwaspada dalam memantau standard kesihatan, keselamatan dan alam sekitar dan sentiasa berusaha mengamalkan amalan terbaik," kata Presiden merangkap Ketua Pegawai

Eksekutif CICM Dr Abd Hapiz Abdullah. Anugerah itu merupakan inisiatif global industri kimia bagi memacu penambahbaikan berterusan dalam semua aspek prestasi keselamatan, kesihatan dan alam sekitar. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan