Kerajaan Belum Cadang Kawal Harga Produk Susu Bayi

Diterbitkan: Isnin, 17 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan belum bercadang mengawal harga produk susu bayi dalam negara, persidangan Dewan Negara diberitahu pada Isnin.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe berkata pengawalan harga produk itu akan menyebabkan percanggahan dasar dan polisi menggalakkan penyusuan susu ibu yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.

Beliau berkata kenaikan harga produk itu akhir-akhir ini adalah di luar kawalan kerajaan kerana kebergantungan Malaysia kepada bekalan susu dari negara luar, selain kenaikan harga di Amerika Syarikat.

"Malaysia bukan negara pengeluar susu, bekalan yang diperoleh dari luar tertakluk kepada pergerakan harga pasaran dunia. Hanya empat peratus susu dari pengilang tempatan manakala baki 96 peratus diimport dari negara luar.

"Antara faktor penyebab kenaikan harga susu yang dikesan ialah kenaikan harga susu di Amerika, faktor ini diburukkan lagi dengan kemarau yang melanda di sana sekaligus memusnahkan tanaman dan menaikkan kos makanan ternakan," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013.

Tan berkata walaupun produk susu bayi merupakan barang kawalan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, namun harganya tidak dikawal kerajaan.

Rang undang-undang itu kemudian diluluskan.

Persidangan Dewan bersambung Selasa. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Kolumnis

iklan

Iklan