Jalan Bandar Kinrara 5A, Puchong Ditutup Dua Hari

Diterbitkan: Isnin, 17 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:Jalan di Bandar Kinrara 5A (BK5A) akan ditutup dua hari secara berkala mulai esok bagi memberi laluan kepada majlis pelancaran unit rondaan bermotosikal Polis Diraja Malaysia (PDRM) di padang awam berhampiran.

Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang DSP Lam Chien Fei berkata jalan yang ditutup itu ialah dari persimpangan BK5A sehingga persimpangan Jalan Kinrara 5/1.

"Esok jalan itu ditutup bermula 8 pagi sehingga 12 tengah hari untuk memberi laluan raptai majlis itu, manakala Rabu ini pula, jalan itu ditutup bermula 12 tengah hari dan dibuka semula setelah majlis selesai," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang Isnin.

Beliau berkata sehubungan itu, kenderaan dari arah BK5A1 perlu menggunakan Jalan Bandar Kinrara 6 (BK6) manakala kenderaan dari arah Bukit Jalil menuju perumahan Bukit Kinrara 5 (BK5) dan pusat komersil BK5 perlu menggunakan Jalan BK6 untuk ke destinasi masing-masing.

"Semua kenderaan yang datang dari arah Jalan BK5/2B menuju ke Jalan Kinrara 5 perlu melalui Jalan BK6 dan seterusnya ke lampu isyarat berhadapan IPD," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan