Hampir 90 Peratus Pasangan Indonesia Di Sabah Tidak Daftar Perkahwinan

Diterbitkan: Isnin, 17 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Hampir 90 peratus pasangan warga Indonesia di Sabah tidak mendaftarkan perkahwinan mereka dengan Konsulat Indonesia di negeri ini, kata Konsul Jenderal Indonesia di Kota Kinabalu Soepeno Sahid.

Beliau berharap pasangan yang belum mendaftarkan perkahwinan mereka dengan konsulat supaya berbuat demikian kerana walaupun perkahwinan itu sah di sisi agama namun ia belum diakui sah oleh pihak negara itu.

"Oleh itu, saya berharap warga Indonesia yang belum mendaftarkan perkahwinan mereka mengikut undang-undang negara (Indonesia) supaya berbuat demikian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pembukaan Sidang Itsbat Nikah Tahun 2012 di Konsul Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Kota Kinabalu, di sini, Isnin.

Majlis Hakim pada sidang itu diketuai oleh Ketua Pengadilan Agama Jakarta Pusat Bapak Tata Sutayuga dan disertai anggota delegasi Majlis Hakim.

"Ini kali kedua kita menganjurkan pendaftaran perkahwinan secara beramai-ramai untuk warga Indonesia yang sudah melangsungkan perkawinan beberapa tahun lalu tetapi belum didaftarkan ke perwakilan Indonesia atau Konsulat Kota Kinabalu," katanya.

Soepeno berkata pendaftaran itu penting untuk perlindungan pasangan suami isteri terbabit. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan