Dua Angkat Sumpah Anggota Dewan Negara

Diterbitkan: Isnin, 17 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aktivis pekerja, Chandra Mohan dan bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Syed Husin Ali mengangkat sumpah sebagai senator pada Isnin.

Upacara berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Chandra, 59, yang juga Timbalan Pengerusi DAP Bahagian Hulu Langat dilantik sebagai senator buat kali pertama.

Sementara itu, Syed Husin, 76, dilantik untuk penggal kedua selepas tempoh penggal pertamanya tamat pada 16 Disember.

Pelantikan kedua-duanya berkuat kuasa pada Isnin. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan