'DAP Tidak Cukup Matang'

Diterbitkan: Isnin, 17 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: DAP tidak cukup matang untuk menerima kaum lain ke dalam kepimpinan tertingginya, kata dua calon Melayu yang tewas dalam pemilihan 20 jawatan Anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC).

Naib Pengerusi DAP Johor, Ahmad Ton berkata, perwakilan masih belum memahami signifikan perhimpunan parti adalah mengenai konsep 'Malaysian-Malaysia'.

Ahmad yang bertanding sebanyak enam kali, menang hanya sekali pada 2008, berkata DAP memerlukan masa untuk mengubah imej parti sebagai yang didominasi oleh kaum Cina.

DAP mempunyai kira-kira 150,000 ahli di mana 20% adalah kaum India dan 10% Melayu manakala selebihnya, kaum Cina dan minoriti lain.

Pengerusi Jawatankuasa DAP Pulau Pinang, Zulkifli Mohd Noor yang turut tewas berkata, parti itu tidak mempunyai ahli Melayu secukupnya untuk membuktikan kekuatan.

Malah, calon India turut gagal memberikan sebarang impak, katanya.

Kesemua lapan calon Melayu yang bertanding dalam CEC kalah teruk.

Seorang lagi calon Melayu, Senator Dr Ariffin Omar yang dilantik sebagai naib pengerusi walapun tewas berkata, beliau berpuas hati dengan jumlah peningkatan bilangan undi yang diperoleh ketika pemilihan tersebut.

"Saya adalah muka baru tetapi saya berjaya memperoleh jumlah undi tertinggi (348). Wujud kebimbangan orang Melayu dalam parti," katanya.

Mengenai kegagalan calon Melayu yang menunjukkan kepentingan mereka diperkecilkan, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, ia tiada kena-mengena dengan kaum.

"Politiking kaum adalah cara Barisan Nasional (BN). Kita berbeza," katanya kepada media selepas tamat majlis konvensyen parti itu.

Lim berkata, setiap pemimpin DAP perlu mendekati rakyat tanpa mengira bangsa mereka.

Beliau berkata, pelantikan Dr Ariffin dan Zairil Khir Johari ke dalam CEC adalah dilakukan berdasarkan keupayaan dan bukan kerana mereka Melayu.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan