Ahmad Ton Diberi Cenderahati Penghargaan DAP -Lim

Diterbitkan: Isnin, 17 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyangkal dakwaan kononnya parti itu tidak menghargai jasa veteran DAP Melayu, Ahmad Ton dan tidak menyerahkan cenderahati kepadanya pada Kongres Kebangsaan DAP ke-16, baru-baru ini.

Lim berkata pada kongres berkenaan DAP telah memberikan cenderahati kepada anggota yang telah bersama dengan parti itu selama lebih 35 tahun termasuk Ahmad Ton.

"Semasa kongres, kami memberikan cederahati kepada semua anggota yang lebih 35 tahun tanpa menghiraukan bangsa. Ahmad Ton juga menerima cenderahati itu kerana beliau telah berada dalam parti selama 36 tahun, semua (anggota) melebihi 35 tahun akan diberikan cenderahati," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Kongres Melayu Pulau Pinang yang mendakwa kononnya parti berkenaan tidak menghargai sumbangan kedua-dua veteran Melayu iaitu Ahmad Ton dan Zulkifli Mohd Noor pada kongres tersebut.

Lim berkata parti itu tidak menyerahkan cenderahati kepada anggota jawatankuasa DAP Pulau Pinang Zulkifli Mohd Noor kerana tempoh beliau berada di dalam parti itu belum mencapai 35 tahun. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan