Tambah Kerusi: DAP Mahu Luaskan Pengaruh, Pendekatan Cauvinis - Muhyiddin

Diterbitkan: Ahad, 16 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PORT DIKCSON: Tindakan DAP yang mahu menambah bilangan kerusi yang akan ditandingi pada pilihan raya umum akan datang menunjukkan sikap angkuh mereka untuk mengepalai pakatan pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan tersebut juga dilihat sebagai usaha parti itu untuk meluaskan pengaruh dan pendekatan cauvinis yang hanya tertumpu ke arah kepentingan satu kaum sahaja.

"Hasil daripada keputusan dalam pemilihan (Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP yang majoriti dimenangi anggota dari kaum Cina) semalam, kalau itu (DAP dapat menambah kerusi) berlaku, mungkin kesannya tidak baik bagi kita dan bagi masyarakat.

"Ini kerana mereka akan memperluaskan pengaruh dan pendekatan yang cauvinis dan tidak memberi penilaian lebih kepada masyarakat Melayu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perbarisan Perdana sempena tamat kursus latihan asas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2012, di Pusat Latihan Asas Tentera Darat, di sini, Ahad.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mahu tambahan 13 kerusi bagi parti itu iaitu tiga bagi kawasan Parlimen dan 10 bagi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum ke-13, kononnya atas dasar semangat setiakawan dan tulus kepada sekutunya PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dalam ucapan dasarnya bertajuk "Perubahan Di tangan Mu" pada kongres ke-16 DAP di Pusat Sukan Antarabangsa Pulau Pinang semalam, Lim juga berkata PAS dan PKR diharap dapat mengiktiraf semangat dan kesetiaan yang ditunjukkan DAP dengan membenarkan parti itu bertanding lebih banyak kerusi.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata pendekatan cauvinis yang cuba dibawa DAP dilihat tidak sesuai untuk diamalkan di negara ini yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum.

Beliau juga tidak pasti sama ada PAS dan PKR bersedia untuk bertolak ansur dengan membernarkan DAP bertanding di lebih kawasan dengan kerusi-kerusi yang telah sedia terbahagi sejak pilihan raya yang lalu.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri berkata di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan kerjasama antara ATM dan PDRM menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang mana kemudahan dan prasarana latihan dikongsi bersama bagi merekrut anggota keselamatan, telah menunjukkan kesan positif dan pencapaian yang diiktiraf.

Katanya, ini termasuk pengurangan kadar jenayah jalanan dan jenayah indeks sebanyak 39.79 peratus dan 11.1 peratus selain Malaysia diiktiraf dalam laporan Global Peace Indeks 2012 sebagai negara paling selamat di Asia Tenggara dan ketiga di Asia Pasifik selepas New Zealand dan Jepun.

Katanya pendekatan kerjasama antara dua agensi keselamatan itu akan dijadikan teras sebelum pendekatan sama mungkin diperluaskan kepada agensi-agensi lain dalam kerajaan.

Terdahulu dalam ucapannya, Muhyiddin berkata, adalah menjadi kelaziman sebagai anggota keselamatan untuk berhadapan pelbagai bentuk ujian, sama ada secara fizikal mahupun habuan kewangan dan kebendaan.

"Sebenarnya, mengelak daripada gejala rasuah ini bergantung kepada nilai-nilai yang dilatih dan dipegang oleh kita. Dan kerajaan cukup yakin latihan yang telah dilalui yang merangkumi pengukuhan integriti dan nilai etika kerja cemerlang akan terus diaplikasi dalam tugasan harian," katanya.

Pada majlis itu seramai 2,027 perajurit muda ATM dan 1,000 pelatih Konstabel PDRM telah menamatkan latihan dengan jayanya selepas enam bulan menjalani latihan yang menguji kekuatan fizikal dan mental.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Jeneral Zulkifeli Mohd Zin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan