PM Lancar Program 1MVRP Untuk Jaga Kebajikan Veteran Tentera

Diterbitkan: Ahad, 16 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu melancarkan Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia (1MVRP) yang menggariskan tujuh inisiatif bagi menjaga kebajikan dan memperkukuhkan tahap sosio-ekonomi veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Tujuh inisiatif berkenaan ialah Program Penempatan Kerja untuk Veteran; Program Bimbingan Usahawan Veteran; Program Meningkatkan Penerimaan Latihan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) oleh Industri; Kad Privilege 1Malaysia; Pusat Sehenti Veteran 1Malaysia; Program Pembangunan Keluarga Veteran 1Malaysia serta Program Membaikpulih dan Membina Rumah Veteran 1Malaysia.

Najib berkata, 1MVRP adalah satu lagi produk 1Malaysia yang dilaksanakan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan.

Beliau berkata, program berkenaan akan memberi manfaat kepada semua veteran tentera termasuk 243,500 veteran tentera yang tidak berpencen.

"Ia boleh dianggap sebagai satu lagi produk 1Malaysia yang bertujuan supaya setiap kelompok tidak kira latar belakang, wilayah atau komuniti mesti mendapat sentuhan, faedah dan pembelaan daripada kerajaan," katanya pada majlis pelancaran program itu di sini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan