PM Ikrar Kerja Keras Demi Rakyat

Diterbitkan: Ahad, 16 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar akan terus bekerja keras untuk rakyat, terutama generasi muda yang merupakan masa depan negara.

Perdana Menteri berkata adalah penting bagi kerajaan menghulurkan teraju kepimpinan negara bila negara telah maju dan makmur. "Terima kasih kerana percaya kepada saya dan saya harap anda akan terus menyokong Barisan Nasional. "Kerajaan amat serius dalam menarik penglibatan belia kerana anda akan menjadi pemimpin negara kita satu hari nanti," kata Najib kepada peminat setianya yang berhubung dengan beliau menerusi Facebook yang dipanggil Ah Jib Gor, yang dalam bahasa Mandarin bererti abang Najib, di sini, Ahad.

Najib berharap belia tidak melakukan kesilapan bila memilih seorang perdana menteri dalam pilihan raya umum akan datang.

"Tolong sokong BN jika anda masih mahukan saya pada kedudukan saya sekarang atau anda akan mendapat Ah Jib Gor atau abang yang salah," kata beliau sambil disambut dengan sorakan 'Ah Jib Gor' daripada peminatnya.

Najib, yang turut menyampaikan sijil keahlian kelab, berharap 300-anggota kelab itu di Sandakan, yang dilancarkan pada September, akan bertambah kukuh. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan