Kerajaan Selangor Kaji Semula Kenaikan Cukai Pintu

Diterbitkan: Ahad, 16 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan mengkaji semula kenaikan kadar cukai pintu terhadap penduduk Kampung Baru Sungai Buloh dan Kampung Baru Subang, yang didakwa membebankan.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pihaknya akan berbincang dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berhubung perkara itu sebelum sebarang tindakan susulan diambil.

"Namun, kita akan berbincang dengan MBSA dalam waktu terdekat bagi meneliti perkara ini... perkara yang difikirkan perlu dibuat, kita akan laksanakan supaya kadar itu dilihat tidak membebankan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis untuk golongan belia di sini, Ahad.

Beliau berkata, bagaimanapun, pihaknya perlu membuat penilaian berdasarkan prosedur mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976.

"Langkah itu perlu agar ia juga tidak memberi masalah kepada MBSA dalam memberi penilaian semula terhadap cukai berkenaan," katanya.

Semalam, Pengerusi MCA Bahagian Subang Lee Wei Kiat berkata kenaikan kadar cukai sehingga 10 kali ganda terhadap penduduk di dua kawasan itu adalah keterlaluan dan meminta ia ditarik balik.

Lee berkata rata-rata penduduk turut mempersoal rasional di sebalik kenaikan itu sedangkan perkhidmatan yang disediakan pihak berkuasa tempatan (PBT) didakwa tidak memuaskan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan