Kerajaan Persekutuan Akan Jadikan Kedah Hub Getah

Diterbitkan: Ahad, 16 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JITRA: Kerajaan Persekutuan merancang untuk menjadikan Kedah sebagai hub getah dalam menjana idea baru untuk meningkatkan nilai tambah negeri ini selain meningkatkan nilai eksport produk berasaskan getah negara.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata untuk itu, pihaknya sedang berbincang dengan pihak swasta supaya apa yang dirancangkan itu dapat direalisasikan. "Cadangan dah ada dan saya yakin ia boleh menjadi kenyataan kerana kita ada kira-kira 16,000 hektar ladang getah dari sempadan negara (sempadan Malaysia-Thailand) sampai ke Baling.

"Sebagai pengeluar getah di Malaysia, Kedah mungkin boleh mewujudkan industri bernilai tambah tinggi dalam pengeluaran getah," katanya kepada pemberita selepas program penyampaian sumbangan daripada masjid-masjid dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk Gaza di sini, Ahad.

Mukhriz berkata beliau juga akan berbincang perkara itu dengan Institut Penyelidikan Getah Negara dan universiti-universiti yang telah menyatakan minat untuk menubuhkan institut penyelidikan dan pembangunan dalam industri getah. "Ada juga cadangan untuk mewujudkan institusi seperti itu untuk padi dan saya ingat ini pun penting untuk kita...dua-dua kita akan buat.

"Saya lihat getah sebab potensi nilai tambahnya begitu besar. Sekarang ini kita tidak hanya mahu mengeksport bahan mentah atau getah asli tapi kalau boleh kita nak buat penyelidikan bagaimana nak tingkatkan nilai tambahnya dan nilai yang dieksport itu akan meningkat berlipat kali ganda lebih daripada kita mengeksport getah mentah sahaja," katanya.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Jerlun berkata hub getah itu akan dilaksana dengan lebih cepat jika Barisan Nasional (BN) menang di Kedah dalam pilihan raya umum akan datang.

"Saya tak nampak kerajaan Pakatan Rakyat sekarang ini mampu lakukannya. Saya ingat tempoh empat tahun ini telah membuktikan mereka tidak mempunyai daya kreatif untuk memikirkan luar daripada jual air dan tebang balak. Itu sahaja yang mereka cakap dari hari pertama mereka ambil alih Kedah sampai hari ini," katanya.

Pada majlis itu, lebih RM13,000 kutipan dana untuk Tabung Kemanusiaan Selamatkan Gaza dikumpul daripada 35 masjid, NGO, ahli korporat dan orang perseorangan dalam kawasan Parlimen Jerlun. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan