DAP Ketengah Calon Layak, Berpeluang Menang - Lim Guan Eng

Diterbitkan: Ahad, 16 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: DAP akan menampilkan calon-calon mengikut kelayakan dan mempunyai peluang cerah untuk menang pilihan raya umum ke-13, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Katanya calon keturunan Cina yang dipilih oleh parti juga mestilah yang boleh berkhidmat untuk kepentingan masyarakat lain, tidak terhad kepada kaum Cina sahaja.

"Yang penting ialah kita mahu semua pemimpin mendekati semua rakyat Malaysia. Kenapa hanya Melayu mendekati orang Melayu, Cina mendekati kaum Cina, India mendekati kaum India sahaja? Ini bukan konsep Malaysian Malaysia yang kita tentukan (perjuangkan)," katanya pada sidang akhbar selepas berakhirnya Kongres Kebangsaan DAP ke-16 pada Ahad.

Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, memberi jaminan bahawa DAP, yang menjadi tunjang parti pakatan DAP-PKR-PAS, akan menampilkan calon Melayu bagi meraih sokongan khususnya orang Melayu.

Mengenai permintaan DAP yang mahu tambahan 13 kerusi iaitu tiga kawasan Parlimen dan 10 Dewan Undangan Negeri (DUN), beliau berkata perkara itu akan dibincangkan dengan lebih lanjut oleh Biro Pakatan Rakyat yang baru ditubuhkan parti itu.

Pada pilihan raya umum 2008, DAP bertanding bagi 47 kerusi Parlimen dan 102 kerusi DUN.

Anggota jawatankuasa DAP Pulau Pinang Zulkifli Mohd Noor berkata DAP mesti mengetengahkan calon Melayu dalam pilihan raya umum akan datang untuk memastikan kemenangan DAP dan seterusnya mengekalkan pentadbiran di Pulau Mutiara ini.

"Sekiranya DAP mahu memerintah Pulau Pinang sekali lagi maka rakyat mesti nak lihat yang menganggotai ADUN ada daripada kaum Melayu DAP. Kalau tidak ada, apa mesej yang anda (DAP) mahu hantar kepada rakyat, khususnya orang Melayu?" katanya.

Zulkifli merupakan seorang daripada lapan pemimpin DAP Melayu yang gagal dalam perebutan jawatan CEC.

Menyatakan keputusan pemilihan CEC itu tidak mengecewakannya, beliau berkata: "Sama ada mereka pilih saya atau tidak, ia tidak meninggalkan sebarang kesan lagi kerana saya sudah pun menjadi veteran. Saya akan luahkan apa sahaja yang perlu saya perkatakan dan saya akan menyumbang bukan sahaja untuk parti tetapi juga Malaysia." BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan