Calon PM Pakatan Pembangkang Hanya Diputus Selepas Penamaan Calon - Mustafa Ali

Diterbitkan: Ahad, 16 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata calon yang layak dipilih sebagai perdana menteri dalam pakatan pembangkang hanya boleh diputuskan selepas proses penamaan calon pilihan raya umum ke-13 kelak.

Beliau berkata, calon perdana menteri itu mesti dipilih dalam kalangan calon yang bertanding dan menang dalam pilihan raya berkenaan.

"Saya fikir masa paling baik untuk mengumumkannya ialah selepas penamaan calon kerana orang yang mahu menjadi perdana menteri perlu dipilih. Dia mesti jadi calon (pilihan raya) dan menang baru boleh (dipilih jadi perdana menteri)," katanya kepada pemberita pada Kongres Kebangsaan DAP ke-16 di sini, Sabtu.

Mustafa diminta mengulas pandangan Pengerusi DAP Karpal Singh yang mengulangi sokongannya kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Karpal Singh berkata demikian dalam ucapan aluannya pada kongres itu.

Mustafa berkata, PAS masih belum boleh memberi kata putus berhubung perkara berkenaan dan tidak pasti sama ada sokongan Karpal itu merupakan pendirian DAP. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan