Cadang Kecuali Bayaran Tambahan Bawa Basikal Dengan Mas Dan Air Asia - Ng Yen Yen

Diterbitkan: Ahad, 16 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Bagi menggalakkan industri pelancongan berbasikal, Kementerian Pelancongan sedang berbincang dengan Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia untuk mempertimbangkan pengecualian bayaran tambahan kepada penumpang yang membawa basikal dengan pesawat kedua-dua syarikat penerbangan tersebut.

Menterinya Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata ia sebagai daya tarikan untuk pelancong memilih negara ini sebagai destinasi pelancongan berbasikal.

"Garuda Airlines (syarikat penerbangan Indonesia) telah kategorikan basikal sebagai peralatan sukan dan tiada bayaran tambahan dikenakan. Jadi kita harap MAS dan AirAsia dapat perkenalkan polisi yang sama," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran 30 Pakej Berbasikal Cuti-Cuti 1Malaysia Putrajaya termasuk Pakej Berbasikal Paya Indah Wetlands di sini, Ahad.

Beliau aktiviti pelancongan berasaskan basikal dijangka mendapat minat di beberapa negara serantau iaitu Singapura, Indonesia, Thailand, Hong Kong dan Taiwan.

"Kita telah memperkenalkan pakej pelancongan berbasikal kepada Singapura. Indonesia juga menjadi sasaran selain Hong Kong yang turut menjadi tumpuan kerana negara itu mempunyai tanah yang terhad untuk aktiviti berbasikal," katanya.

Pada majlis pelancaran itu turut diadakan Kayuhan Santai Bersama Menteri Pelancongan yang disertai kira-kira 3,700 peserta termasuk 80 peserta daripada Indonesia.

Ng juga berkata dengan kemudahan trek berbasikal yang baik, sembilan buah jambatan dan enam taman botani menjadikan Putrajaya mempunyai tarikan tersendiri kepada penggemar sukan berbasikal.

"Keadaan yang tidak sibuk dan sesak terutamanya pada hujung minggu dan sebelah malam kerana tidak banyak kenderaan berada di atas jalan raya, juga menjadikan Putrajaya lokasi sesuai untuk berbasikal," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan