Abdul Ghapur Minta Saman Had Laju Tidak Dikeluar Sesuka Hati

Diterbitkan: Ahad, 16 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Anggota Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh meminta pihak polis tidak mengeluarkan saman had laju sesuka hati kepada pengguna jalan raya di daerah ini terutama di jalan raya yang tidak mempunyai papan tanda had laju.

Beliau berkata beliau bukan menentang tindakan polis menguatkuasakan undang-undang tetapi tindakan perlu dilaksanakan secara adil dan tidak menyusahkan rakyat sehingga timbul tanggapan seolah-olah kerajaan cuba mencari keuntungan daripada rakyat khususnya penguna jalan raya.

"Selain menerima aduan, saya sendiri nampak ada anggota polis yang bersembunyi di bawah pokok untuk menyaman pengguna atas kesalahan had laju, contohnya di kawasan Jalan Apas dan Jalan Kuhara.

"Tapi persoalannya, macam mana pengguna mahu tahu had laju yang ditetapkan sedangkan papan tanda had laju tidak pula tersedia di kawasan berkenaan. Ini seakan-akan menganiaya pengguna jalan raya," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Abdul Ghapur, ramai pengguna yang dikenakan saman dengan kadar yang tinggi berasa kecewa, marah dan keliru lebih-lebih lagi apabila mereka tiba-tiba sahaja menerima surat saman. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan