Tangguh Penguatkuasaan Lesen Kedai Gunting Bermotif Politik - Pemuda MCA

Diterbitkan: Sabtu, 15 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MCA mendakwa tindakan kerajaan PAS Kelantan menangguhkan serta-merta penguatkuasaan syarat perlesenan kedai gunting di negeri itu adalah bermotif politik demi "menyelamatkan" undi.

Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong berkata tindakan itu tidak menampakkan keikhlasan kerajaan PAS Kelantan dan pakatan pembangkang dalam melaksanakan dasar yang adil tanpa mendiskriminasi rakyat, terutama bukan Islam.

"Mereka ini mengatakan PAS untuk semua tapi apa yang dibuat itu bukan menjaga kebajikan semua, ia dilakukan tanpa mengambil kira perasaan kaum lain. "Ini adalah perkara yang tidak direstui oleh masyarakat bukan Islam," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Pemuda MCA di sini, Jumaat.

Kerajaan Kelantan baru-baru ini dilapor menangguhkan serta-merta penguatkuasaan syarat pelesenan di bawah undang-undang kecil Majlis Perbandaran Kota Baharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) melibatkan kedai gunting rambut milik bukan Islam.

Sebelum ini, seorang pengurus kedai gunting rambut di Kelantan mendakwa beliau disaman 11 kali oleh pihak berkuasa tempatan sejak 2010, kerana pekerja wanita bukan Islam di premisnya menggunting rambut pelanggan lelaki bukan Islam.

Akibatnya, beliau didenda RM200 hingga RM350 dan mendakwa ramai lagi pemilik kedai gunting rambut menghadapi perkara sama. Dalam pada itu, Wee berkata tindakan yang dilaksanakan pihak berkuasa tempatan negeri tersebut seolah-olah memberi gambaran bahawa kedai gunting rambut adalah tempat maksiat.

"Ini adalah tidak adil kepada pengusaha 'hair saloon' kerana inilah tempat mereka mencari rezeki halal. Lagipun ia dibuat secara terbuka dan tidak ada aktiviti yang boleh dirahsiakan," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan