Lebih 1,000 Pengguna Jelas Saman AES

Diterbitkan: Sabtu, 15 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lebih 10,000 pengguna jalan raya telah menjelaskan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dari 274,000 saman yang dikeluarkan sejak sistem itu mula beroperasi 23 September lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Ismail Ahmad berkata jumlah pengguna jalan raya yang menjelaskan saman tersebut masih rendah jika dibandingkan dengan jumlah saman yang dikeluarkan.

"Pengguna jalan raya perlu faham, penguatkuasaan AES ini bukan untuk membebankan mereka sebaliknya sebagai satu kaedah untuk mengurangkan kemalangan jalan raya yang saban hari semakin meningkat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya anjuran Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) di Plaza Tol Sungai Besi, di sini.

Ismail berkata dalam mengurangkan kemalangan jalan raya terutamanya kemalangan maut, pelbagai cabaran yang dihadapi oleh agensi penguatkuasa seperti pertambahan bilangan kenderaan dan pemandu setiap tahun.

Beliau berkata untuk rekod, negara mengalami pertambahan kenderaan sebanyak kira-kira 1.1 juta setahun dan pertambahan pengguna jalan raya sebanyak 400,000 orang dan ia menjadi satu cabaran besar kepada JPJ dan agensi penguatkuasaan lain dalam mengurangkan kemalangan maut di Malaysia.

"Sebenarnya perkara ini kita boleh atasi, tiada masalah kalau setiap tahun negara mengalami peningkatan jumlah kenderaan dan pemandu, yang penting pengguna jalan raya itu sendiri perlu sedar dan mengambil inisiatif untuk mengurangkan kemalangan maut tersebut," katanya.

Katanya, pada masa sama kerajaan turut menetapkan sasaran untuk menurunkan Indeks Prestasi Utama (KPI) bagi indeks kemalangan maut dari 3.8 orang dari 10,000 pengguna jalan raya kepada 2.0 menjelang 2020.

Beliau turut memuji inisiatif diambil LPKPM dalam mengurangkan kemalangan maut dengan mengadakan kempen keselamatan seperti ini.

"Kempen ini merupakan satu inisiatif yang amat digalakkan kerana, masyarakat dan agensi penguatkuasa perlu bersama-sama dalam menangani perkara ini, dan bukannya mengharapkan pihak penguatkuasa sahaja," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan