Keputusan Pemilihan DAP Akan Diketahui Pada 6 Petang Hari Ini

Diterbitkan: Sabtu, 15 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Keputusan pemilihan pada Kongres Kebangsaan DAP ke-16 di sini dijangka akan diumumkan kira-kira pukul 6 petang Sabtu.

Pengerusi parti Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, ini bagi memastikan proses pemilihan untuk 20 jawatan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) berjalan dengan lancar.

Beliau berkata, seramai 2,576 perwakilan akan mula mengundi pada tengah hari dan ia akan mengambil masa kira-kira dua jam untuk disiapkan.

"Kita memerlukan kira-kira empat jam untuk mengira undi. Dakwat kekal akan digunakan buat kali pertama dalam pemilihan ini," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

Seramai 66 calon bertanding untuk jawatan CEC.

Chow berkata, bilangan perwakilan (akan menghadiri kongres dua hari) mencatatkan rekod berbanding dengan 1,800 perwakilan pada tahun 2008.

Beliau berkata, seramai 700 pemerhati termasuk 50 tetamu khas dari Pakatan Rakyat akan menghadiri upacara pembukaan di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang pada pukul 9 pagi.

Setiausaha agung parti, Lim Guan Eng yang turut hadir berkata, semua media arus perdana dan media alternatif akan dibenarkan untuk membuat liputan bagi acara yang berlangsung selama dua hari itu.

"Kami akan berhati-hati apabila menjawab soalan-soalan kerana kita tidak mahu komen kami diputar-belit," katanya.

Beliau berharap media akan memberi liputan tepat pada acara itu.

Setiausaha penganjur DAP, Teresa Kok berkata, walaupun 103 calon layak untuk bertanding, 35 daripadanya telah dikurangkan dalam pencalonan dengan segera.

Kok berkata, adalah terlalu lewat untuk orang lain dalam senarai itu untuk menarik diri pada ketika ini.

"Mereka yang ingin menarik balik boleh memaklumkan Speaker kongres hari ini (pada hari mengundi), tetapi bilangan calon tidak akan dibatalkan daripada senarai undi.

"Delegasi masih boleh mengundi mereka yang telah ditarik keluar pada hari mengundi," kata Kok.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan