Ibrahim Ali Sedia Tanding Atas Mana-Mana Tiket Untuk Pertahan Kerusi Pasir Mas

Diterbitkan: Sabtu, 15 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali bersedia untuk bertanding atas mana-mana tiket pada pilihan raya umum akan datang bagi mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas yang disandangnya.

Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) berkata beliau sedia berunding dengan mana-mana pihak atau bertanding atas tiket Bebas bagi mempertahankan kerusi itu.

"Perlu ada perbincangan sebelum boleh bekerjasama dengan mana-mana pihak. Saya mengharapkan sokongan semua pihak termasuk pembangkang dan Barisan Nasional kerana saya tahu saya boleh buat lebih baik daripada mereka.

"What banner saya bertanding? Saya terbuka untuk semua. Saya kena tengok dasar perjuangan, tingkah laku mereka. Tapi kalau kena bertanding atas tiket bebas, saya tetap akan bertanding dan tidak kisah berapa penjuru sekali pun," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan dan Persidangan Agung Perkasa ke-3 di sini hari ini.

Pada PRU lepas, Ibrahim yang bertanding atas tiket PAS menewaskan Ahmad Rosdi bin Mahmad (BN-UMNO) dengan majoriti 8,991 undi.

Dalam pada itu, lebih 5,000 anggota Perkasa pada Sabtu berbaiah menyatakan sokongan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) pada PRU akan datang.

Ibrahim yang mengetuai baiah tersebut berkata sokongan ini perlu kerana tiada parti lain yang membela kepentingan dan hak orang Melayu dan mempertahankan kedaulatan dan kesucian agama Islam di negara ini selain BN.

"Kita perlu menyatakan sokongan termasuk kepada calon-calon BN dari MCA dan MIC. Kita seru semua rakyat supaya beri peluang kepada BN untuk mendapat mandat pada PRU13 secara rasmi.

"Beri peluang kepada kerajaan sedia ada. Tidak perlulah mengubah dengan mengambil risiko yang besar untuk menukar kerajaan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan