E-Kasino Dan Aktiviti Maksiat Semakin Berleluasa Di Selangor

Diterbitkan: Sabtu, 15 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pada waktu siang, mereka menjalankan perniagaan yang biasa tetapi pada waktu malam, mereka bertukar menjadi hab perjudian yang begitu sibuk di mana perjudian elektronik menjadi kegilaan di mana-mana.

Bagi keseronokan tambahan, terdapat kelab malam, pub dan tempat-tempat yang menawarkan perkhidmatan seks.

Penguatkuasaan yang berkurangan oleh pihak berkuasa telah membawa kepada kewujudan tempat-tempat sebegini di Selangor.

Starprobe menemui lokasi-lokasi itu berkembang maju di beberapa kawasan di Petaling Jaya, Klang, Sungai Buloh, Selayang, Batu Caves, Rawang, Gombak dan Kepong.

Di beberapa tempat-tempat ini, perjudian haram merupakan perniagaan teras mereka dengan mamak gerai, pub dan tempat tumpuan malam lain mendapat manfaat daripada pelanggan berkenaan.

Pusat snuker yang turut menawarkan permainan dalam talian kepada para pelanggan, juga didapati di kawasan-kawasan ini.

Jalan-jalan kelihatan seperti biasa pada waktu siang kerana kedai-kedai perjudian ini terpisah antara satu sama lain di lot kedai-kedai yang menawarkan pelbagai barangan dan perkhidmatan.

'Transformasi' itu kebiasaannya bermula selepas pukul 8 malam apabila bilangan pengunjung ke kawasan berkenaan meningkat dengan kehadiran penjudi dan pelanggan tumpuan aktiviti-aktiviti malam, yang mana kebanyakannya adalah belia yang bekerja dan warga emas.

Peningkatan bilangan penjudi turut menarik perhatian pekerja seks datang ke kawasan itu.

Seorang anggota polis negeri yang enggan dikenali berkata, pengendali kasino haram itu bermain 'sembunyi-sembunyi' dengan pihak berkuasa.

"Mereka hilang sebelum serbuan dilakukan. Mereka seolah-olah telah diberitahu mengenai hal itu. Jika satu serbuan diadakan, yang lain-lain dengan segera berwaspada.

"Perkara ini sudah berlaku banyak kali dan ia merupakan cabaran terbesar kita. Mereka juga tutup di satu kawasan dan membukanya semula di kawasan lain," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan