DAP Terlalu Lemah Untuk Lindungi Orang Bukan Islam, Kata MCA

Diterbitkan: Sabtu, 15 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: DAP nampaknya diberi tekanan oleh PAS untuk menghentikan persembahan yang tidak dijangka, untuk melindungi hak-hak orang bukan Islam, kata pengerusi MCA Bentong, Datuk Hoh Khai Mun.

"Memandangkan DAP membenarkan ‘dipijak’ PAS pada majlis makan malam sendiri untuk mengumpul dana, adalah mustahil bagi DAP untuk melindungi hak-hak orang bukan Islam di Malaysia.

"Jika pemimpin PAS tidak selesa dengan persembahan itu, mereka boleh sahaja meninggalkan majlis secara senyap-senyap.

"Ini menunjukkan PAS tidak bertimbang rasa terhadap pihak penganjur yang telah menghabiskan banyak masa dan wang dalam menganjurkan acara dan menolak hak penonton bukan Islam untuk menikmati persembahan itu," kata Hoh.

Sementara itu, Setiausaha DAP Pahang, Choong Siew Onn berkata, "penyanyi seksi" itu berhenti membuat persembahan untuk memberi laluan kepada penceramah.

Beliau menafikan parti itu diberi tekanan oleh PAS untuk menghentikan persembahan.

"Ceramah kami biasanya tidak mempunyai persembahan nyanyian atau tarian. Bagaimanapun, saya faham kita memasukkan penghibur untuk yang satu ini berikutan permintaan daripada penduduk tempatan.

"Tetapi memandangkan kita mempunyai banyak penceramah yang dijadualkan untuk malam itu, dengan masa yang singkat menyebabkan penganjur terpaksa menghentikan persembahan untuk memberi laluan kepada penceramah," kata Choong, yang juga ADUN Teras.

Beliau berkata, adalah mustahil bagi PAS untuk meminta supaya persembahan itu dihentikan.

"Ahli-ahli PAS yang berada di majlis itu hanya ada sebagai tetamu jemputan. Mereka tidak menganjurkannya. Ia telah dianjurkan oleh DAP. Tetamu jemputan tidak boleh memberitahu penganjur apa yang perlu dilakukan," kata Choong.

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan