Bahagian Pembangunan Kurikulum Digesa Selaras Sukatan Pelajaran Dengan Prosedur LPM

Diterbitkan: Sabtu, 15 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menggesa Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Kementerian Pelajaran menyelaras sukatan pelajaran dengan prosedur yang ditetapkan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

Presiden NUTP Hashim Adnan berkata selain itu, sukatan mata pelajaran yang ditetapkan BPK itu membebankan guru dan murid kerana perlu dihabiskan dalam tempoh persekolahan yang terhad.

Beliau berkata sehubungan itu, BPK perlu menambah baik sukatan mata pelajaran sedia ada agar tidak membebankan guru dan murid bagi melengkapi Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) selain memastikan penyampaian PBS lebih berkesan serta menyeluruh.

Katanya, di bawah PBS iaitu sistem pentaksiran yang dilaksana sejak 2010, guru bagi setiap mata pelajaran perlu merancang, merekod dan melaporkan hasil penilaian ke atas setiap pelajar mengikut prosedur yang ditetapkan LPM.

Hashim berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Tertinggi NUTP di sini Sabtu.

Beliau berkata masalah yang terpaksa dihadapi kebanyakan guru ketika ini ialah menghabiskan silibus mata pelajaran seperti ditetapkan BPK dalam tempoh setahun, iaitu 120 hari persekolahan, sedangkan mereka mempunyai banyak tugasan lain.

Selain itu, terdapat juga guru yang hanya mengajar berdasarkan prosedur ditetapkan LPM dan tidak mengajar sukatan pelajaran yang ditentukan BPK.

"Sebagai contoh, pendidikan jasmani yang mempunyai 10 tajuk dalam sukatan pelajaran, jika guru tersebut hanya berpegang kepada prosedur yang ditetapkan oleh LPM, beliau hanya akan mengajar lima tajuk yang ditetapkan oleh lembaga itu," katanya.

Hashim berkata oleh itu, BPK dan LPM perlu berbincang dengan NUTP bagi mencapai kata putus bagaimana silibus dalam setiap mata pelajaran dapat dikurang atau diseragam agar pelaksanaan pembelajaran di bawah sistem PBS dapat disampaikan dengan lebih berkesan serta menyeluruh.

Katanya, tindakan membebankan guru dengan pelbagai mata pelajaran baharu akan merugikan pelajar kerana tidak cukup masa untuk menghabiskan semua silibus.

NUTP akan menghantar surat rasmi berhubung perkara ini kepada Kementerian Pelajaran dalam masa terdekat bagi mencari jalan penyelesaian. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan