PM Dijangka Umum Program Penambahbaikan Kualiti Hidup Bekas Tentera Esok

Diterbitkan: Jumaat, 14 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumkan program penambahbaikan kualiti hidup bekas tentera pada majlis pengiktirafan Veteran 1Malaysia di Kuala Kangsar, Perak, esok.

Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata program berunsurkan kebajikan dan pertolongan itu adalah tanda penghargaan dan prihatin kerajaan terhadap jasa dan pengorbanan bekas tentera selama ini.

Seramai 30,000 bekas tentera dijangka hadir pada program itu di Sekolah Menengah Clifford, Kuala Kangsar, pada pagi esok, katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.

Program tersebut dianjurkan bersama PBTM, Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) dan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV).

"Kita harapkan bekas tentera dapat hadir ke majlis tersebut sebagai tanda sokongan berterusan kepada Perdana Menteri dan juga kepada kerajaan yang sentiasa menjaga kebajikan bekas tentera, " katanya.

Muhammad berkata 350,000 bekas tentera yang berpencen dan tidak berpencen di negara ini perlu mentranformasikan diri dari status seorang pahlawan kepada usahawan seiring dengan peredaran masa.

Beliau berkata bekas tentera perlu agresif dalam meningkatkan taraf hidup mereka dengan menyertai pelbagai program keusahawanan tanpa terlalu bergantung kepada kerajaan untuk memajukan diri.

Sementara itu di Kota Kinabalu, Sabah, Jabatan Penerangan Sabah memaklumkan bahawa Perdana Menteri akan mengadakan lawatan kerja sehari ke Sandakan, Ahad ini.

Dalam program itu, Najib akan menghadiri majlis bersama rakyat Parlimen Batu Sapi di Kampung Lupak Meluas, Jalan Batu Sapi, Sandakan, pada sebelah pagi.

Selepas itu, beliau dijangka merasmi Kongres Parti Liberal Demokratik (LDP) serta Persidangan Pemuda dan Wanita LDP di Pusat Konvesyen di Four Points By Sheraton, Sandakan.

Perdana Menteri juga akan menghadiri majlis makan tengah hari dengan Jawatankuasa Antara Gereja dan badan bukan kerajaan (NGO) yang lain di tempat yang sama sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan