Perpecahan Punca Islam Jauh Ketinggalan - Jafperi

Diterbitkan: Jumaat, 14 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Perpecahan di kalangan umat Islam menyebabkan umat yang suatu ketika dahulu begitu kuat kini ketinggalan jauh di belakang, kata Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam negeri Perlis, Jafperi Othman.

Beliau berkata perkara itu bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi di seluruh dunia apabila umat Islam gagal membentuk penyatuan yang kukuh.

Berucap menutup konvensyen pengukuhan ummah pringkat negeri Perlis di sini hari ini, Jafperi berharap umat Islam khususnya di Malaysia bangkit membina kekuatan baharu dengan melupakan perbezaan pendapat dan fahaman politik.

Beliau mengajak mereka melihat kembali sejarah silam bagaimana kerajaan Melayu Melaka menghadapi zaman kejatuhan disebabkan perpecahan di kalangan pemimpin dan rakyat pada masa itu.

"Kita tidak mahu sejarah berulang kerana sudah cukup dengan nasib yang dirasai orang Melayu selama ini, lebih 400 tahun terpaksa hidup di bawah cengkaman penjajah akibat kesilapan segelintir pemimpin zaman silam," katanya pada konvensyen sehari itu.

Jafperi mengaitkan generasi Melayu yang terjebak dalam kancah penagihan dadah di samping ketinggalan dalam usaha menuntut ilmu sehingga menjadi punca kegagalan orang Melayu yang beragama Islam. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan