Parti Politik Perlu Ketepikan Kepentingan Demi Membantu Rakyat Palestin

Diterbitkan: Jumaat, 14 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Parti-parti politik perlu mengetepikan kepentingan masing-masing dalam memberi bantuan kemanusiaan, terutama ketika menolong rakyat Palestin, kata sebuah pertubuhan bukan kerajaan.

Pengerusi AQSA Syarif, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor berkata bantuan misi kemanusiaan ke negara-negara yang bergolak memerlukan kerjasama semua lapisan masyarakat tanpa melihat kecenderungan politik mereka. "Kalau terdapat tokoh atau ahli politik bersama kita, ini menunjukkan mereka hendak bersama-sama dalam usaha yang baik ini, dengan mengetepikan 'bendera' masing-masing demi memperjuang isu Palestin," katanya pada program "Dalam Radar" Bernama Radio24 di sini.

Hafidzi berkata misi bantuan kemanusian tidak sepatutnya dipolitikkan kerana faktor kejayaan misi itu bergantung kepada sumbangan semua pihak.

Malah penglibatan tokoh-tokoh politik bersama NGO ini merupakan satu perkembangan yang baik kerana mereka mampu mengenepikan sikap ego fahaman parti masing-masing demi kepentingan Islam, katanya, apabila diminta mengulas dakwaan wujudnya kegiatan mempromosi parti politik tertentu ketika menjalankan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza baru-baru ini yang disebarkan melalui blog dan laman sosial.

Menyentuh penglibatan selebriti dalam misi bantuan kemanusian baru-baru ini, beliau berkata ia satu fenomena yang perlu dibanggakan.

Ini merupakan perkembangan positif dalam usaha memperjuang isu Palestin yang dilihat semakin mendapat perhatian, dan bukannya bertujuan mengejar populariti semata-mata.

Hafidzi berkata penggiat seni merupakan ikon yang mampu membantu meningkatkan kesedaran masyarakat melalui pengalaman yang mereka lalui untuk dikongsi bersama.

Menyentuh misi bantuan kemanusian ke Gaza baru-baru ini, beliau berkata AQSA Syarif telah menyalurkan sumbangan sebanyak RM3.2 juta, dengan penglibatan 18 sukarelawan terdiri daripada anggota Aqsa Syarif, krew media dan juga duta Aqsa Syarif, Afdlin Shauki bersama krew Vision Works.

Misi itu merupakan yang kedua daripada empat misi yang diaturkan selepas serangan besar-besaran selama lapan hari yang dilancarkan Israel ke atas Palestin, katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan