Lanjutan Tempoh Sah Laku Baucer TR1Ma

Diterbitkan: Jumaat, 14 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat telah melanjutkan tempoh sah laku baucar pertukaran tayar TR1Ma dari enam bulan hingga setahun atau sebelum 30 September tahun depan.

Dalam satu kenyataannya hari ini SPAD berkata keputusan itu dibuat berdasarkan pertimbangan tempoh kegunaan yang lebih lama disebabkan kurangnya haus dan lusuh bagi tayar-tayar yang digunakan teksi di negeri-negeri tertentu.

Penerima baucar boleh menghubungi talian langsung atau hotline SPAD 1-800-88-SPAD (7723) untuk mendapatkan butiran mengenai lanjutan tempoh sah laku baucar.

SPAD berharap dengan adanya lanjutan tempoh itu akan memberi lebih manfaat kepada para pemandu teksi dalam merancang penyelenggaraan kenderaan dan menjamin mutu serta keselamatan perkhidmatan. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan