Ku Li Saran Bina Lebuh Raya Hubung Bentong Dan Kota Bharu

Diterbitkan: Jumaat, 14 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menyarankan kepada kerajaan agar membina lebuh raya yang menghubungkan Bentong, Pahang dengan Kota Baharu, Kelantan melalui Gua Musang.

Beliau berkata ini bagi mengatasi masalah kesesakan jalan utama itu yang sering berlaku pada setiap musim perayaan selain menghindari kemalangan maut.

"Saya percaya kerajaan dapat menimbangkan pembinaan lebuh raya dengan dua hingga empat lorong yang berharga lebih RM3 bilion. Saya telah menyatakan perkara ini kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa beliau melawat Gua Musang pertengahan tahun ini," katanya ketika berucap pada majlis Program Sentuhan Rakyat di Balai Raya Kampung Baru Hulu di sini, Jumaat.

Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno Gua Musang, berkata jalan utama sedia ada itu wajar dinaik taraf kepada lebuh raya kerana semakin ramai yang menggunakannya.

"Lebuh raya ini kelak akan memberi keselesaan kepada semua pengguna selain menjimatkan masa perjalanan sama ada dari Kuala Lumpur ke Kota Baharu atau sebaliknya," katanya.

Tengku Razaleigh juga mencadangkan kepada kerajaan supaya menaik taraf Hospital Gua Musang dengan menempatkan doktor pakar bagi merawat pesakit kronik dari Hulu Kelantan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan