Kementerian Sasar Tiga Hingga Lima Peratus Bangunan Hijau Baharu Menjelang 2030

Diterbitkan: Jumaat, 14 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mahu melihat tiga hingga lima peratus bangunan baru dibina yang patuh teknologi hijau menjelang 2030 di bawah Rangka Kerja Bandar Raya Rendah Karbon, kata menterinya Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

"Kami sebenarnya berharap angka yang lebih tinggi, tetapi saya realistik dalam unjuran saya.

"Ia bukan satu kriteria wajib," katanya, sambil menambah pemaju mungkin akan melihatnya dari segi kos dengan ciri tambahan itu.

Kos keseluruhan yang dikenakan kepada pelanggan akan menjadi lebih mahal menyebabkan jualan yang berkurangan bagi pemaju, katanya.

"Apabila menimbangkan semua perkara itu, saya memahami dilema pemaju tentang mengapa mereka keberatan tetapi pada masa yang sama saya berharap pemaju lain akan menggunakan Indeks Pembinaan Hijau untuk bangunan mereka," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ekspo Real Deal iProperty.com di sini Jumaat.

Beliau juga menekankan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS), sebuah skim sokongan kerajaan untuk pengguna dan pengeluar teknologi hijau, yang telah mengeluarkan lebih RM1 bilion setakat ini daripada dana peruntukan RM3 bilion.

"Ia berkembang positif dan kami berharap pengguna dan pengeluar akan mengusulkan projek hijau, supaya kami boleh menggunakan sepenuhnya RM3 bilion yang diperuntukkan itu," katanya.

Pecahan terkini pengambil GTFS adalah 66 syarikat pengeluar, berjumlah RM1.026 bilion sementara RM40.6 juta diambil oleh 11 syarikat pengguna. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan