Jenazah Pelajar Malaysia Meninggal Dunia Di London Selepas Berjogging Selamat Dikebumi

Diterbitkan: Jumaat, 14 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA TINGGI: Jenazah pelajar tajaan Felda yang meninggal dunia selepas keluar berjoging di kawasan kampusnya di Universiti Lim Kok Wing, United Kingdom, London pada 5 Disember lepas, selamat dikebumikan.

Jenazah Mohd Fazli Fadzilah, 24, yang mengikuti pengajian Pengimejan Kreatif dan Fotografi Digital selama lima bulan di universiti itu, dikebumi pada kira-kira 3 petang di tanah perkuburan Islam Felda Papan Timur di sini, Jumaat.

Wakil Ibu Pejabat Felda Saifullah Mat Nor berkata jenazah Allahyarham dibawa pulang ke tanah air pada kira-kira 6 petang semalam (waktu Malaysia) dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 8 pagi tadi.

"Felda membelanjakan kira-kira RM30,000 bagi menanggung segala kos sepanjang proses membawa jenazah arwah ke Malaysia. "Walaupun berlaku sedikit kelewatan untuk sampai ke Malaysia berikutan masalah cuaca, namun segalanya berjalan dengan lancar," katanya kepada pemberita di sini.

Saifullah juga berkata ketibaan jenazah di KLIA turut disambut Pengarah Besar Felda Datuk Faizoull Ahmad.

Beliau berkata dua van daripada Ibu Pejabat Felda Wilayah turut mengiringi jenazah dari KLIA sehingga ke rumah mangsa di Felda Papan Timur.

Sementara itu, ibu Mohd Fazli, Ruziah Rashidi, 48, berkata hanya penghargaan yang mampu diucapkan atas jasa pihak Felda yang menanggung segala kos untuk membawa pulang jenazah anaknya.

"Setinggi-tinggi penghargaan buat Felda kerana membantu kami menguruskan segalanya sehingga arwah selamat dikebumikan di sini.

"Tanpa bantuan pihak Felda, kami tidak tahu bagaimana hendak membawa jenazah pulang. "Sebagai ibu, saya juga reda dengan pemergian arwah. Sewaktu ayahnya dan seorang adiknya pergi ke sana untuk menguruskan hal tersebut, kami di sini setiap hari membuat tahlil untuk arwah," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan