Disiplin Ketat, Gaji Rendah Punca Kaum Lain Tak Minat Sertai ATM

Diterbitkan: Jumaat, 14 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bimbang terikat dengan disiplin yang ketat, beranggapan tiada peluang kenaikan pangkat dan gaji yang rendah antara punca kaum lain kurang berminat menyertai bidang ketenteraan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata selain itu, mereka menganggap diri kurang berdaya tahan untuk mengikuti disiplin dan peraturan ketat Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Ini semua merupakan persepsi mereka, hakikatnya, soal disiplin tidak hanya perlu diikuti oleh anggota tentera sahaja. Di mana-mana organisasi pun, pekerja perlu mengikut disiplin ditetapkan. Cuma dalam ATM atau PDRM (Polis Diraja Malaysia), disiplinnya agak tinggi," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 di Dewan Negara pada Khamis.

Beliau berkata anggapan peluang kenaikan pangkat hanya diberi untuk kaum tertentu juga merupakan persepsi negatif kepada ATM, sedangkan ia diberi berdasarkan prestasi semasa berkhidmat tanpa mengira kaum.

Ahmad Zahid menjelaskan banyak perubahan telah dilakukan kerajaan berhubung gaji anggota tentera, termasuk meningkatkan kelayakan akademik untuk menyertai pasukan itu supaya gaji yang diberi adalah setimpal dengan kelulusan mereka.

"Kita juga mengalakkan pegawai untuk menyambung pengajian bagi peningkatan kerjaya dan pendapatan supaya mereka merasakan menjadi anggota tentera juga boleh menjamin masa depan mereka," katanya.

Beliau berkata pada masa ini, terdapat 38 pegawai ATM yang berkelulusan Ijazah Doktor Kehormat (PhD).

Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata kementerian akan menjalankan promosi besar-besaran bagi menarik lebih ramai penyertaan kaum lain untuk menjadi warga ATM, termasuk orang Asli dan India Muslim.

Setakat ini, seramai 124 Orang Asli dan 67 India Muslim menyertai ATM, katanya.

Persidangan Dewan bersambung Isnin ini. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan