Cuepacs Mahu Ketua Jabatan Pantau Permohonan Cuti Sakit

Diterbitkan: Jumaat, 14 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu ketua jabatan peka terhadap permohonan cuti sakit penjawat awam bagi memastikan mereka tidak menyalah guna kemudahan itu.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata ada petugas yang sihat terpaksa memohon cuti sakit untuk sesuatu urusan kerana mereka sudah kehabisan cuti tahunan.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Seminar Pemantapan Gred Kuasa-Kuasa Tempatan dan Badan-Badan Berkanun 2012 peringkat kebangsaan di Kuala Perlis hari ini, beliau berkata amalan menipu cuti sakit merugikan perkhidmatan awam.

"Jika ada bukti penyalahgunaan cuti sakit, mereka yang terbabit iaitu penjawat awam atau pegawai perubatan yang mengeluarkan surat cuti sakit boleh dikenakan tindakan," katanya.

Mengulas pelaksanaan usia persaraan sehingga 60 tahun, Omar berkata Cuepacs telah berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) agar penjawat awam menjalani pemeriksaan kesihatan bagi memastikan mereka boleh berkhidmat dengan sempurna.

"Cuepacs juga berharap lanjutan umur persaraan itu tidak menjadi alasan kepada JPA mengurangkan pengambilan penjawat awam kerana masih banyak yang menunggu peluang pekerjaan di sektor awam," katanya.

Beliau turut mengulangi harapan agar kerajaan segera memperbaharui kontrak petugas perkhidmatan awam yang akan tamat tempoh perkhidmatan hujung bulan ini kerana mereka bukan sahaja berpengalaman, malah perlu menyara keluarga.

Ditanya sama ada Cuepacs mengambil kesempatan dengan membuat begitu banyak tuntutan kepada kerajaan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, Omar berkata tindakan itu adalah perjuangan untuk menambah baik perkhidmatan awam.

Katanya, perjuangan ini bermula sejak 2006 yang membabitkan isu gaji, persaraan, cuti bersalin dan pelbagai bentuk transformasi dalam perkhidmatan awam, dan ia bukan hanya dilakukan ketika negara menghampiri pilihan raya umum. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan