Anggota Parlimen Disaran Ambil Iktibar Dari Tindakan Michael Palmer

Diterbitkan: Jumaat, 14 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tindakan Speaker Parlimen Singapura Michael Palmer meletakkan jawatan selepas mengaku mengadakan hubungan sulit, patut menjadi iktibar kepada anggota Parlimen negara ini, kata Anggota Dewan Negara, Senator Datuk Boon Som Inong.

Katanya semua Anggota Parlimen perlu menjaga nama baik institusi Parlimen dan menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat.

"Sekiranya ada Anggota Parlimen yang terbabit melakukan perbuatan yang menjolok mata, maka sewajarnya mereka meletak jawatan tanpa perlu mereka-reka alasan sebagai helah membela diri," katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan di bangunan Parlimen pada Khamis.

Boon berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar semalam mengenai tindakan Palmer meletak jawatan sebagai Speaker, sebagai anggota People's Action Party dan Anggota Parlimen bagi kawasan Punggol Timur, selepas mengaku mengadakan hubungan sulit dengan seorang wanita anggota Lembaga Keharmonian

Boon berkata setiap tindak-tanduk Anggota Parlimen sentiasa diperhatikan oleh rakyat serta akan memberi kesan kepada maruah serta nama baik institusi Parlimen serta negara.

Palmer, 44, yang menjawat jawatan Speaker Parlimen sejak Oktober 2011, telah berkahwin dan mempunyai seorang anak. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan